Dari bucket list ke boarding pass. Jom travel dengan Muezza ↗
Muezza Travel & Tours
← Kembali ke semua pakej
Travel · A01

Twin Cities Chongqing & Chengdu

7 hari 5 malam  ·  China

Twin Cities Chongqing & Chengdu

Tentang perjalanan

Rujuk tarikh penerbangan dan kategori harga dalam Tarikh Harga.

Itinerary perjalanan

Hari 1KUALA LUMPUR - CHENGDU

Makanan: MOB

Berlepas dari KLIA menuju ke Chengdu. Setelah tiba, anda akan dihantar ke hotel untuk daftar masuk dan berehat setelah penerbangan jauh. Bermalam di Chengdu.

Hari 2CHENGDU - CHONGQING

Makanan: MP/MT/MM

Selepas sarapan pagi anda akan bertolak ke Chongqing dan memulakan lawatan dengan meneroka lorong klasik 18th Staircase (Shibati) yang terkenal dengan rumah kayu lama dan makanan jalanan, diikuti dengan ka-wasan pasar bawah tanah Jiao Chang Kou yang sibuk. Seterusnya, anda dibawa ke Jie Fang Bei Pedestrian Street, pusat komersial paling meriah di Chongqing dengan monumen Liberation Monumen yang ikonik. Anda akan meneruskan perjalanan ke Cigikou Ancient Town untuk melihat seni bina zaman Ming-Qing dan suasana tradisional sebelum menikmati pemandangan indah di Jambatan Qiansimen yang menghadap sungai dan bandar. Bermalam di Chonging.

Hari 3CHONGQING CITY TOUR

Makanan: MP/MT/MM

Selepas sarapan pagi anda akan meneroka Ciqikou Ancient Town dengan lebih mendalam, merasai suasana jalan lama, kedai kraftangan dan rumah teh tradisional. Kemudian lawati Masjid Chongqing, salah satu pusat komuniti Muslim di bandar ini. Anda juga akan menikmati pengalaman unik menaiki Monorel Liziba, yang viral kerana laluan tren yang melalui bangunan kediaman. Lawatan diteruskan ke Danish Ancient Street, sebuah kawasan bergaya Eropah dengan kedai kafe, butik dan tempat bergambar menarik. Bermalam di Chongqing.

Hari 4CHONGQING - SHOPPING & PANDA

Makanan: MP/MT/MM

Selepas sarapan pagi anda akan nikmati pengalaman membeli-belah di Chaotianmen Market, pusat borong dan runcit yang terkenal dengan harga berpatutan. Seterusnya, lawati ikon moden Raffles City Plaza, sebuah kompleks futuristik dengan pusat beli- belah mewah dan pemandangan sungai. Hari diteruskan ke Chongqing Zoo (Panda Base) untuk melihat panda gergasi, panda merah dan haiwan istimewa lain dalam habitat semula jadi mereka. Bermalam di Chongqing.

Hari 5CHONGQING - CHENGDU

Makanan: MP/MT/MM

Selepas sarapan pagi anda akan kembali ke Chengdu dan melawat Eling Test Bed 2, sebuah taman bandar di puncak bukit dengan pemandangan 360° bandar Chongqing. Kemudian singgah di People's Auditorium, bangu-nan berkubah besar yang menonjol dengan seni bina istana tradisional China. Lawatan diteruskan ke Kuanzhai Alley (Wide & Narrow Alley) yang penuh dengan kedai tradisional, rumah teh dan makanan tempatan, seterusnya menyaksikan persembahan Sichuan Opera Face Changing (Lawatan pilihan), seni pertukaran topeng sepantas kilat yang sangat terkenal di bandar itu. Bermalam di Chengdu.

Hari 6CHENGDU - KUALA LUMPUR

Makanan: MP/MT/MM

Hari terakhir dimulakan dengan lawatan ke kawasan beli-belah mewah terbuka Taikoo Li, kemudian berjalan jalan di Chunxi Road, kawasan komersial paling meriah di Chengdu. Akhir sekali, lawati Masjid Imperial City, masjid bersejarah dengan seni bina Islam- Cina yang unik. Selepas itu, berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Termasuk

Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi Cukai lapangan terbang, bagasi 30kg & hidangan dalam penerbangan Tiket masuk ke semua tempat lawatan yang dinyatakan dalam itinerari Tiket kereta api laju Chengdu ↔ Chongqing (Kelas Kedua) Tipping pemandu & pemandu pelancong (RM150 seorang) Sarapan pagi, makan tengah hari & makan malam Pengangkutan persendirian berhawa dingin Pemandu pelancong berbahasa Inggeris Penginapan hotel 3 / 4 Bintang

Tidak termasuk

Perbelanjaan peribadi (mini bar, dobi, telefon dan sebagainya) Caj porter (pengangkut bagasi) Lawatan pilihan (Optional Tour) Internet tambahan Insurans perjalanan Caj musim puncak Perkara yang tidak dinyatakan dalam itinerari
PAKEJ PERJALANAN

Dari RM4,490

Fixed departure

Tarikh & harga

Harga dalam RM · scroll ke kanan untuk semua pilihan bilik
BerlepasTwinSingleCWBCNBInfant
05 Nov 20264,4904,8904,2904,090800
21 Nov 20264,4904,8904,2904,090800
05 Dec 20264,4904,8904,2904,090800
26 Dec 20264,4904,8904,2904,090800
07 Jan 20274,4904,8904,2904,090800
21 Jan 20274,4904,8904,2904,090800
18 Mar 20274,9905,3904,7904,590800
25 Mar 20274,9905,3904,7904,590800
08 Apr 20274,9905,3904,7904,590800
15 Apr 20274,9905,3904,7904,590800
22 Apr 20274,9905,3904,7904,590800
13 May 20274,9905,3904,7904,590800
20 May 20274,9905,3904,7904,590800
03 Jun 20274,9905,3904,7904,590800
10 Jun 20274,9905,3904,7904,590800
16 Dec 20274,4904,8904,2904,090800

Cover PDF

MYR 4,490 Seorang

Harga cover; rujuk jadual untuk tarikh tertentu