Dari bucket list ke boarding pass. Jom travel dengan Muezza ↗
Muezza Travel & Tours
← Kembali ke semua pakej
Travel · A04

Osaka - Kyoto - Nara

5 hari 4 malam  ·  Japan

Osaka - Kyoto - Nara

Tentang perjalanan

Open package Sep 2026 - Nov 2027; private 3-5 pax / 1 MPV. Flight dan makan tidak termasuk.

Itinerary perjalanan

Hari 1KUALA LUMPUR – OSAKA DAY TOUR

Berkumpul di KLIA2 3-4 jam sebelum penerbangan. Penerbangan terus ke Kansai Airport, Jepun (6 jam). Tiba di Osaka (pagi). Lawatan dimulakan dengan sightseeing di Osaka Castle & Castle Park sambil bergambar. Kemudian ke Masjid Istiqlal Osaka untuk solat Jamak di sana seterusnya boleh makan tengahari di restoran halal berdekatan. Kemudian anda akan ke bandar retro Osaka iaitu kawasan di mana anda ke zaman 80an Shinsekai. Sambil itu boleh bergambar berlatar belakangkan Tsutenkaku Tower. Makan malam sendiri dan bermalam di Osaka.

Hari 2OSAKA – KYOTO

Sarapan pagi sendiri. Hari ini kita mulakan perjalanan ke Kyoto dalam 1 jam. Setibanya di sana anda boleh menikmati keindahan/bergambar di hutan buluh Arashiyama Bamboo Forest. Kemudian ke Kimono Forest untuk melihat koleksi tiang silinder yang telah siap dibingkai di laluan tren keretapi. Selepas itu makan tengahari dan solat di halal restoran Yoshiya. Di situ juga anda boleh membeli cenderamata untuk di bawa pulang. Sebelah petang anda di bawa ke Kiyomizu Dera untuk membeli belah sepanjang jalan naik ke kuil. Setibanya di kuil atas itu anda boleh melihat pemandangan seluruh kota Kyoto. Balik ke Osaka dan sambung shopping di Dotonburi. Bermalam di Osaka.

Hari 3OSAKA – NARA

Sarapan pagi sendiri. Aktiviti hari ini anda akan di bawa ke Nara dalam 1 jam. Setibanya di Nara anda boleh berpengalaman bermain dan memberi makan kepada rusa di mana rusa di sana sangat jinak dan manja. Selepas itu makan tengahari dan solat di PY Halal Restoran di Higashimuki Street. Jangan lupa singgah untuk melihat cara pembuatan Mochi Nakatanidou iaitu kek beras Jepun yang sangat terkenal. Selepas puas berjalan dan shopping balik semula ke Osaka. Sebelah malam wajib bergambar di Glico Man di Dotonburi iaitu seorang lelaki bernama Fortunato Catalon di mana juara pelari pecut pada tahun 1910an. Bermalam di Osaka.

Hari 4OSAKA FREE & EASY

Sarapan pagi sendiri. Free & easy shopping day di Shinsaibashi-suji shopping Street / Tenjinbashi-suji shopping street ATAU Universal Studios Japan (USJ)

Hari 5OSAKA - KUALA LUMPUR

Makanan: MOB

Setelah siap berkemas bagasi dan check out dari hotel. Pemandu pick up dan hantar ke Kansai Airport bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Dijangka tiba KLIA/KLIA2 sebelah petang. Aktiviti selesai

Termasuk

Private MPV dengan driver – to drop only no guide (10 jam Sahaja) Penginapan hotel di Osaka untuk 4 malam Tour dan sightseeing seperti dalam jadual Minyak, parking dan tol 2 hala airport transfer

Tidak termasuk

Tiket penerbangan (boleh minta bantuan kami untuk semak harga tiket) Surcaj lebih masa 1 jam perjalanan = 5000 yen (pay directly to driver) Insurans perjalanan Makan & Minum

Terma & syarat

Deposit 50% untuk tempahan van dan hotel. (Tiada pemulangan) Bayaran penuh boleh di buat 30 hari sebelum tarikh berlepas. (Tiada pemulangan) Salinan pasport sah 6 bulan dari tarikh akhir perjalanan
PAKEJ PERJALANAN

Dari RM2,990

Harga cover seorang

Open package

Open package Sep 2026 - Nov 2027; private 3-5 pax / 1 MPV. Flight dan makan tidak termasuk.

Tarikh & harga

Tarikh belum ditetapkan. Hubungi kami untuk maklumat perjalanan.