Dari bucket list ke boarding pass. Jom travel dengan Muezza ↗
Muezza Travel & Tours
← Kembali ke semua pakej
Travel · A07

Kashmir

6 hari 4 malam  ·  India

Kashmir

Tentang perjalanan

Rujuk tarikh penerbangan dan kategori harga dalam Tarikh Harga.

Itinerary perjalanan

Hari 1KUALA LUMPUR - DELHI

Makanan: MOB/MM

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) untuk menaiki penerbangan ke Delhi, India. Setibanya di Delhi, para peserta akan disambut oleh wakil pemandu pelancong tempatan. Kemudian, menikmati makan malam sebelum daftar masuk ke hotel penginapan untuk berehat.

Hari 2DELHI - SRINAGAR

Makanan: MP/MT/MM

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan bertolak ke Lapangan Terbang Srinagar untuk penerbangan domestik. Setibanya di Srinagar, peserta akan terus daftar masuk ke houseboat dan berehat seketika. Aktiviti diteruskan dengan lawatan ke Nishat Garden dan Shalimar Garden, dua taman bersejarah yang terkenal dengan keindahan seni bina dan landskapnya. Seterusnya, peserta akan melawat kilang karpet tempatan untuk melihat hasil kraftangan tradisional Kashmir. Pada waktu petang, peserta akan menikmati Shikara Ride selama satu jam di Tasik Dal sambil menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang memukau. Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum bermalam di houseboat.

Hari 3SRINAGAR - PAHALGAM - SRINAGAR

Makanan: MP/MT/MM

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan perjalanan menuju ke Pahalgam. Dalam perjalanan, peserta akan melalui kawasan Apple Valley yang terkenal dengan ladang epal dan pemandangan indah di sekitar Apple Orchards. Setibanya di Pahalgam, peserta akan melawat Betaab Valley, sebuah lembah yang terkenal kerana menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood popular, Beetab. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Aru Valley, sebuah kawasan yang memukau dengan kecantikan semula jadi serta pemandangan kampung para penggembala (shepherds village) yang unik. Selesai lawatan, peserta akan bertolak semula ke Srinagar. Makan malam akan disediakan di restoran tempatan sebelum bermalam di Srinagar.

Hari 4SRINAGAR - GULMARG - SRINAGAR

Makanan: MP/MT/MM

Sarapan pagi di hotel. Seterusnya, peserta akan bertolak ke Gulmarg, sebuah kawasan yang terletak di Pir Panjal Range dan terkenal dengan keindahan pemandangan semula jadi. Di sini, peserta berpeluang menaiki The Gondola Ride untuk menikmati panorama menakjubkan seperti Pine Forest yang memukau. Setelah tiba di puncak, peserta akan diberi masa untuk aktiviti bebas (tidak termasuk bayaran). Sebelum kembali, peserta juga boleh singgah di kedai cenderahati untuk membeli buah tangan. Makan malam disediakan dan peserta akan bermalam di Srinagar.

Hari 5SRINAGAR - DELHI - KUALA LUMPUR

Makanan: MP

Sarapan pagi & meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Delhi. Setelah sampai, makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian, teruskan dengan penerbangan pulang ke Malaysia.

Hari 6KUALA LUMPUR

Makanan: MOB

Tiba di Malaysia bersama kenangan yang terindah semasa lawatan.

Termasuk

Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 20kg Tiket domestic Delhi Srinagar pergi dan balik lengkap muatan 15kg Penginapan Hotel 3/4 bintang sepanjang perjalanan Penginapan 1 Malam Houseboat Perkhidmatan ketua rombongan professional Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan Tiket Lawatan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan 1 Botol air mineral sehari untuk seorang Visa kemasukkan ke negara India bagi warganegara Malaysia Pengankutan Bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa Tips Pemandu Pelancong dan bas Flight tickets; hotel 3/4 bintang; sightseeing; all meals; transport; houseboat.

Tidak termasuk

Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah Pilihan lawatan selain yang di nyatakan Perbelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc. Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia
PAKEJ PERJALANAN

Dari RM3,599

Fixed departure

Tarikh & harga

Harga dalam RM · scroll ke kanan untuk semua pilihan bilik
BerlepasTwinSingleCWBCNBInfant
28 Oct 20263,5993,9993,1992,9991,000
05 Nov 20263,5993,9993,1992,9991,000
18 Nov 20263,5993,9993,1992,9991,000
28 Nov 20263,5993,9993,1992,9991,000
05 Dec 20263,7994,1993,3993,1991,500
10 Dec 20263,7994,1993,3993,1991,500
13 Dec 20263,7994,1993,3993,1991,500
19 Dec 20263,7994,1993,3993,1991,500
24 Dec 20263,7994,1993,3993,1991,500
07 Jan 20273,5993,9993,1992,9991,000
28 Jan 20273,5993,9993,1992,9991,000
08 Apr 20273,5993,9993,1992,9991,000
13 May 20273,5993,9993,1992,9991,000
21 Oct 20273,5993,9993,1992,9991,000
28 Oct 20273,5993,9993,1992,9991,000
04 Nov 20273,5993,9993,1992,9991,000
25 Nov 20273,5993,9993,1992,9991,000
09 Dec 20273,7994,1993,3993,1991,500
16 Dec 20273,7994,1993,3993,1991,500
23 Dec 20273,7994,1993,3993,1991,500
30 Dec 20273,7994,1993,3993,1991,500