Favourite Budapest & Balkans (3 Countries)
10 hari 8 malam · Austria · Germany · Hungary · Croatia · Bosnia and Herzegovina · Montenegro
Tentang perjalanan
Galeri perjalanan
Itinerary perjalanan
Hari 1PENERBANGAN DARI KLIA - TRANSIT - ZAGREB
Makanan: MOB/MMRombongan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) empat jam sebelum waktu berlepas, mendaftar masuk dan menyerahkan bagasi untuk penerbangan ke Budapest. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Budapest, anda disambut mesra oleh wakil tempatan. Perjalanan diteruskan ke Zagreb, ibu kota Croatia. untuk memulakan pengembaraan yang penuh dengan sejarah dan keindahan.
Hari 2ZAGREB - BIHAC
Makanan: MP/MMSelepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda memulakan lawatan ke Zagreb, mengunjungi Kaptol dan Gradec yang kaya sejarah. Disini, anda akan melihat Katedral Zagreb yang menanjubkan, Cathedral Archbishop’s Palace, dan Ban Jelacic Square. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Lotščak Tower dan Muzium Arkeologi. Perjalanan diteruskan ke Tasik Plitvice (pilihan), sebelum menuju ke Bihac untuk makan dan bermalam.
Hari 3BIHAC - JAJCE - TRAVNIK - SARAJEVO
Makanan: MP/MMSelepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda bergerak ke Jajce, bandar diraja yang terkenal dengan air terjun Jajce yang mempersona. Di sini, anda juga melawat Tasik Pilva yang menenangkan sebelum meneruskan perjalanan ke Travnik. Di Kampung Turbe, anda singgah di Masjid Malaysia, simbol persahabatan dua negara. Perjalanan diteruskan ke Plava Voda Springs, sebelum menuju ke Sarajeva untuk makan malam dan bermalam di bandar yang penuh sejarah ini.
Hari 4SARAJEVO
Makanan: MP/MMSelepas sarapan, anda akan dibawa melawat Spring of the Bosnia River, sebuah lokasi semula jadi yang indah dan menenangkan. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Tunnel of Hope yang bersejarah , termasuk menyusuri terowong asal dan melawat muzium yang menyimpan kisah perjuangan rakyat Bosnia. Selepas menikmati hidangan tradisional Bosnia, anda akan berjalan santai sekitar Old Town Bascarsija, menyusuri Latin Bridge, Brusa Bezistan, dan mengakhiri lawatan di Masjid Gazi Husref Bey, mercu tanda penting di Sarajeva.
Hari 5SARAJEVO - MOSTAR - BLAGAJ - TREBINJE
Makanan: MP/MMSelepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda meneruskan perjalanan ke Mostar, bandar ikonik Bosnia yang terkenal dengan Old Bridge dan Masjid Koski Mehmed Pasha, yang menawarkan permandangan menanjubkan dari menaranya. Anda menyusuri Old Town yang kaya dengan sejarah sebelum ke Blagaj unutk melawat Dervish Tekki, rumah ibadah sufi yang terletak di tebing sungai. Hari ditutup perjalanan ke Trebinji, dimana anda menikmati makan malam dan bermalam.
Hari 6TREBINJE - DUBROVNIK - KOTOR - TRBINJE
Makanan: MP/MMSelepas sarapan di hotel, anda akan bertolak ke Dubrovnik, bandar bersejarah di tepi Laut Adriatik. Dengan pemandu, anda menikmati walking tour di kota lama yang digelar “Pearl of the Adriatic”. Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Kotor, kota menawan di Montenegro yang menawarkan pemandangan memukau dari teluk dan pergunungan. Selesai lawatan, anda kembali ke Trebinje untuk makan malam dan bermalam dengan penuh ketenangan.
Hari 7TRBINJE - TUZLA
Makanan: MP/MMSelepas sarapan dan daftar keluar, anda akan menuju ke Tuzla, bandar ketiga terbesar di Bosnia dan Herzegovina. Setibanya di sana, anda menikmati makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneroa bandar ini yang terkenal dengan tasik garam semula jadi serta suasana moden yang santai. Masa bebas diberikan untuk membeli-belah dan menikmati keunikan bandar ini. Hari diakhiri dengan makan malam dan bermalam di Tuzla.
Hari 8MUNICH - HALLSTATT - SALZBURG - GRAZ
Makanan: MP/MMSelepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda akan meneruskan perjalanan ke Budapest, kota indah yang dipisahkan oleh Sungai Danube (pilihan). Di sini, anda akan menikmati pemandangan Chain Bridge, Buda Castle, dan Parlimen Hungary. Jangan lepaskan peluang bergambar di Fisherman’s Bastion dan singgah solat di Masjid Darussalam. Petang diluangkan menaiki cruise di Sungai Danube sebelum masa santai untuk membeli cenderahati. Makan malam dan bermalam di Budapest menutup hari penuh kenangan. Tajuk dan penerangan tidak selaras; rujuk Nota.
Hari 9BUDAPEST - PENERBANGAN KE KUALA LUMPUR
Makanan: MPSelepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda dibawa ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Dengan hati yang penuh kenangan indah sepanjang pengembaraan merentas Eropah dan Balkan, tibalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Perjalanan ini pastinya meninggalkan memori manis yang akan dikenang sepanjang hayat.
Termasuk
Tidak termasuk
Dari RM8,599
Fixed departure
Tarikh & harga
| Berlepas | Twin | Single | CWB | CNB | Infant |
|---|---|---|---|---|---|
| 31 Oct 2026 | 8,599 | 9,799 | 8,099 | 7,999 | 1,300 |
| 07 Nov 2026 | 8,599 | 9,799 | 8,099 | 7,999 | 1,300 |
| 28 Nov 2026 | 8,599 | 9,799 | 8,099 | 7,999 | 1,300 |
| 03 Dec 2026 | 8,599 | 9,799 | 8,099 | 7,999 | 1,300 |
| 17 Dec 2026 | 8,599 | 9,799 | 8,099 | 7,999 | 1,300 |
| 31 Dec 2026 | 8,599 | 9,799 | 8,099 | 7,999 | 1,300 |
| 07 Jan 2027 | 8,599 | 9,799 | 8,099 | 7,999 | 1,300 |
| 28 Jan 2027 | 8,599 | 9,799 | 8,099 | 7,999 | 1,300 |
| 01 Apr 2027 | 8,999 | 10,099 | 8,399 | 8,299 | 1,300 |
| 15 Apr 2027 | 8,999 | 10,099 | 8,399 | 8,299 | 1,300 |
| 06 May 2027 | 8,999 | 10,099 | 8,399 | 8,299 | 1,300 |
| 20 May 2027 | 8,999 | 10,099 | 8,399 | 8,299 | 1,300 |
