Dari bucket list ke boarding pass. Jom travel dengan Muezza ↗
Muezza Travel & Tours
← Kembali ke semua pakej
Travel · E03

Morocco - Portugal - Spain + Barcelona

12 hari 10 malam  ·  Morocco · Portugal · Spain

Morocco - Portugal - Spain + Barcelona

Tentang perjalanan

Rujuk tarikh penerbangan dan kategori harga dalam Tarikh Harga.

Itinerary perjalanan

Hari 1CASABLANCA TO MARRAKECH

Makanan: MOB/MT/MM

Tiba di Lapangan Terbang Casablanca dan bertemu pemandu pelancong tempatan. Mulakan lawatan ringkas sekitar Casablanca termasuk melawat Masjid Hassan II, salah satu masjid terbesar di dunia. Kemudian, bertolak ke Marrakech yang dikenali sebagai “Red City”. Setibanya di Marrakech, lawati Djemaa El Fna Square yang terkenal dengan pasar, persembahan jalanan dan suasana tradisional Maghribi. Makan malam, daftar masuk hotel dan bermalam di Marrakech

Hari 2MARRAKECH - RABAT

Makanan: MP/MT/MM

Selepas sarapan, mulakan lawatan sekitar Marrakech dengan melawat Masjid Koutoubia dan Saadian Tombs. Selepas makan tengah hari, bertolak ke Rabat, ibu negara Maghribi. Setibanya di Rabat, lawati Royal Palace, Hassan Tower dan Kasbah of Oudayas. Makan malam dan bermalam di Rabat.

Hari 3RABAT - CHEFCHAOUEN - TANGIER

Makanan: MP/MT/MM

Selepas sarapan, bertolak ke Chefchaouen, bandar biru yang terkenal dengan jalan-jalan cantik dan bangunan berwarna biru. Nikmati masa bebas untuk bergambar dan bersiar-siar. Selepas makan tengah hari, teruskan perjalanan ke Tangier yang terletak di pertemuan Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean. Makan malam dan bermalam di Tangier

Hari 4TANGIER - GRANADA

Makanan: MP/MM

Daftar keluar hotel dan bertolak ke pelabuhan untuk menaiki feri merentasi Selat Gibraltar ke Sepanyol. Kemudian, teruskan perjalanan ke Granada melalui kawasan Andalusia yang indah. Setibanya di Granada, daftar masuk hotel dan nikmati masa bebas untuk berehat atau bersiar-siar. Makan malam dan bermalam di Granada.

Hari 5GRANADA CITY TOUR - CORDOBA

Makanan: MP/MT

Selepas sarapan, mulakan lawatan bandar Granada. Lawati Alhambra Palace, tapak Warisan Dunia UNESCO, serta Generalife Gardens yang indah. Teruskan lawatan ke Albaicin, kawasan lama Moorish yang menawarkan pemandangan menarik ke arah Alhambra. Selepas makan tengah hari, bertolak ke Cordoba. Setibanya di Cordoba, daftar masuk hotel dan bermalam di Cordoba

Hari 6CORDOBA - SEVILLE - BADAJOZ / KAWASAN SEMPADAN PORTUGAL & SEPANYOL

Makanan: MP/MT

Selepas sarapan, lawati Mezquita (Great Mosque) of Cordoba, Roman Bridge dan Jewish Quarter. Kemudian, bertolak ke Seville, ibu negeri Andalusia. Lawati Cathedral of Seville, Giralda Tower, Barrio Santa Cruz dan Plaza de España. Seterusnya, teruskan perjalanan ke Badajoz atau bandar berdekatan sempadan Portugal-Sepanyol dan bermalam di Badajoz.

Hari 7BADAJOZ - LISBON - FREEPORT - BADAJOZ

Makanan: MP/MT

Selepas sarapan awal, masuk ke Portugal dan bertolak ke Lisbon. Setibanya di Lisbon, nikmati lawatan bandar meliputi Rossio Square, St. George’s Castle, Tower of Belem, Alfama District dan Jerónimos Monastery. Lawati juga Islamic Centre of Lisbon tertakluk kepada kesesuaian masa. Selepas makan tengah hari, nikmati sesi membeli-belah di Freeport Fashion Outlet sebelum kembali ke Badajoz.

Hari 8BADAJOZ - TOLEDO - LAS ROZAS - MADRID

Makanan: MP/MT

Selepas sarapan, bertolak ke Toledo, bekas ibu negara Sepanyol. Lawati Toledo Cathedral, Alcázar dan Jewish Quarter. Selepas makan tengah hari, teruskan perjalanan ke Las Rozas Village untuk membeli- belah di designer outlets. Kemudian, bertolak dan bermalam di Madrid

Hari 9MADRID CITY TOUR - ZARAGOZA

Makanan: MP/MT

Selepas sarapan, nikmati lawatan bandar Madrid sepanjang hari. Lawati Puerta del Sol, Plaza de España, Gran Via, Royal Palace (photo stop), Plaza de Colón dan Cibeles Fountain. Singgah di Retiro Park dan nikmati masa bebas untuk membeli-belah atau bersiar-siar. Kemudian bertolak ke Zaragoza dan bermalam di Zaragoza.

Hari 10ZARAGOZA CITY TOUR - BARCELONA CITY TOUR

Makanan: MP/MT

Selepas sarapan, nikmati lawatan bandar Zaragoza termasuk Basilica del Pilar, La Seo Cathedral dan Aljafería Palace (pandangan luar). Kemudian, bertolak ke Barcelona. Setibanya di Barcelona, lawati Montjuïc Hill, Plaza de Catalunya, Columbus Monument dan bersiar-siar di Las Ramblas. Bermalam di Barcelona.

Hari 11BARCELONA CITY TOUR - BERLEPAS

Makanan: MP/MOB

Selepas sarapan, nikmati lawatan bandar Zaragoza termasuk Basilica del Pilar, La Seo Cathedral dan Aljafería Palace (pandangan luar). Kemudian, bertolak ke Barcelona. Setibanya di Barcelona, lawati Montjuïc Hill, Plaza de Catalunya, Columbus Monument dan bersiar-siar di Las Ramblas. Bermalam di Barcelona. Tajuk dan penerangan tidak selaras; rujuk Nota.

Hari 12TIBA DI KUALA LUMPUR

Akhirnya, anda selamat tiba di tanah air tercinta. Setelah menjelajah tiga negara penuh sejarah dan keindahan. Kini anda kembali dengan hati yang penuh syukur, jiwa yang kaya dengan pengalaman, dan memori yang akan kekal selamanya. Selamat kembali ke pangkuan keluarga. HOME SWEET HOME :)

Termasuk

Tiket penerbangan kelas ekonomi secara berkumpulan. Cukai lapangan terbang, bagasi daftar masuk, dan hidangan dalam penerbangan Bagasi: 25-30kg seorang (maksimum 2 bagasi seorang) Pengangkutan dengan bas bersama pemandu pelancong Muslim berbahasa Inggeris, Termasuk sarapan bufet / makan tengah hari / makan malam Ticket masuk: Istana Bahia di Marrakech, Alhambra dan Masjid Cordoba (dengan pemandu tempatan di Alhambra dan Masjid Cordoba Perkhidmatan pengurus pelancongan bagi memastikan kelancaran perjalanan Pemindahan feri: Tangier ke Tarifa (sehala) Cukai bandar hotel Flight tickets; hotel 3/4 bintang; tour guide; breakfast, lunch & dinner; private transport.

Tidak termasuk

Perbelanjaan peribadi seperti mini bar, dobi, bil telefon, dan lain-lain Perkhidmatan penghantaran beg Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu (RM300) Lawatan pilihan Insurans perjalanan Lain-lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan WIFI di dalam bas
PAKEJ PERJALANAN

Dari RM11,299

Fixed departure

Tarikh & harga

Harga dalam RM · scroll ke kanan untuk semua pilihan bilik
BerlepasTwinSingleCWBCNBInfant
07 Nov 202611,29912,29910,49910,2991,500
20 Nov 202611,29912,29910,49910,2991,500
20 Nov 202611,29912,29910,49910,2991,500
12 Dec 202611,59912,59910,69910,4991,500
12 Dec 202611,59912,59910,69910,4991,500
18 Dec 202611,59912,59910,69910,4991,500
18 Dec 202611,59912,59910,69910,4991,500
23 Dec 202611,59912,59910,69910,4991,500
23 Dec 202611,59912,59910,69910,4991,500
08 Jan 202711,29912,29910,49910,2991,500
22 Jan 202711,29912,29910,49910,2991,500
01 Apr 202711,59912,59910,69910,4991,500
16 Apr 202711,59912,59910,69910,4991,500
07 May 202711,59912,59910,69910,4991,500