Golden Triangle of West Europe
8 hari 6 malam · United Kingdom · France · Belgium · Netherlands
Tentang perjalanan
Galeri perjalanan
Itinerary perjalanan
Hari 1KUALA LUMPUR - LONDON
Makanan: MOBPerjalanan anda bermula apabila anda berkumpul di KLIA empat jam sebelum waktu penerbangan,Setelah selesai daftar masuk dan pemeriksaan keselamatan, anda akan menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Heathrow, London. Setibanya di sana, anda akan dibawa melawat Windsor Castle, Istana tertua dan terbesar yang masih didiami oleh kerabat diraja. Anda boleh mengambil gambar kenangan dan mengagumi keindahan senibinanya dari luar. Kemudian, anda akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan bermalam di London.
Hari 2LAWATAN SEKITAR BANDAR LONDON
Makanan: MPSelepas sarapan pagi, anda akan memulakan lawatan ke pusat bandar london, Lawatan termasuk perhentian bergambar di Stadium Emirates (Arsenal) atau Stamford Bridge (Chelsea), Tower Bridge, Big Ben, dan London Eye. Anda juga akan melihat Houses of Parliament, Istana Buckingham, serta melalui kawasan bersejarah seperti Westminister Abbey dan St. James’s Palace. Seterusnya, anda berpeluang membeli-belah di Oxford Street, kawasan beli-belah tersibuk di London. Bermalam di London.
Hari 3LONDON - BRUSSELS - AMSTERDAM
Makanan: MPSelepas sarapan pagi di hotel, anda akan bertolak ke Brussels melalui feri dari Dover atau kereta api Eurotunnel. Setibanya di Brussels, anda akan melawat Atomium, struktur ikonik yang dibina untuk Pameran Dunia 1958. Lawatan bandar diteruskan secara panaroma dan berjalan kaki meliputi Grand Place, Mannekan Pis, dan mercu tanda lain. Anda juga akan diberi masa lapang untuk berehat dan menikmati kopi di kafe tempatan. Seterusnya, anda akan bertolak ke Amsterdam dan bermalam di sana.
Hari 4LAWATAN SEKITAR AMSTERDAM
Makanan: MPHari ini anda akan melawat Zaanse Schans, sebuah perkampungan Belanda klasik yang menampilkan kincir angin bersejarah, rumah kayu dan muzium kraf tangan. Seterusnya, anda akan ke Giethoorn Village, perkampungan tanpa kenderaan yang terkenal dengan terusan indah dan rumah bumbung jerami. Anda juga akan singgah untuk menunaikan solat di Islamic Faith Foundation. Kemudia, nikmati masa lapang untuk membeli-belah dan bersia-siar di kawasan Damrak, nadi kota Amsterdam. Bermalam di Amsterdam.
Hari 5AMSTERDAM - BRUSSELS - PARIS
Makanan: MPSelepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda akan menuju ke La Vallée Village Outlet untuk membeli- belah, Pusat membeli-belah ini terkenal dengan jenama-jenama pereka pada harga diskaun. Kemudian, perjalanan diteruskan ke Paris, dan anda akan daftar masuk hotel dan bermalam di kota romantis ini.
Hari 6LAWATAN SEKITAR PARIS
Makanan: MPSelepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda akan memulakan hari dengan sesi bergambar di Arc de Triomphe dan Menara Eiffel. Kemudian, anda boleh menunaikan solat do Masjid Agung Paris (Grand Mosque of Paris). Lawatan bandar secara panaroma turut meliputi Champs-Élysées, Musée du Louvre, dan Katedral Notre Dame. Selepas itu, anda kembali ke hotel untuk bermalam di Paris.
Hari 7PARIS - KUALA LUMPUR
Makanan: MP/MOBSelepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda akan dipindahkan ke Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Hari 8TIBA DI MALAYSIA
Selamat pulang ke tanah air! Semoga perjalanan ini meninggalkan kenangan terindah sepanjang lawatan ke empat negara menarik Eropah Barat: United Kingdom, Belgium, Belanda, dan Perancis.
Termasuk
Tidak termasuk
Dari RM7,699
Fixed departure
Tarikh & harga
| Berlepas | Twin | Single | CWB | CNB | Infant |
|---|---|---|---|---|---|
| 03 Nov 2026 | 7,699 | 8,699 | 7,299 | 7,099 | 1,500 |
| 21 Nov 2026 | 7,699 | 8,699 | 7,299 | 7,099 | 1,500 |
| 22 Nov 2026 | 7,699 | 8,699 | 7,299 | 7,099 | 1,500 |
| 04 Dec 2026 | 7,999 | 8,999 | 7,499 | 7,299 | 1,500 |
| 16 Dec 2026 | 7,999 | 8,999 | 7,499 | 7,299 | 1,500 |
| 22 Dec 2026 | 7,999 | 8,999 | 7,499 | 7,299 | 1,500 |
| 22 Apr 2027 | 7,999 | 8,999 | 7,499 | 7,299 | 1,500 |
| 22 May 2027 | 7,999 | 8,999 | 7,499 | 7,299 | 1,500 |
| 21 Aug 2027 | 7,699 | 8,699 | 7,299 | 7,099 | 1,500 |
| 18 Sep 2027 | 7,699 | 8,699 | 7,299 | 7,099 | 1,500 |
| 16 Oct 2027 | 7,699 | 8,699 | 7,299 | 7,099 | 1,500 |
| 13 Nov 2027 | 7,699 | 8,699 | 7,299 | 7,099 | 1,500 |
| 04 Dec 2027 | 7,999 | 8,999 | 7,499 | 7,299 | 1,500 |
| 11 Dec 2027 | 7,999 | 8,999 | 7,499 | 7,299 | 1,500 |
| 18 Dec 2027 | 7,999 | 8,999 | 7,499 | 7,299 | 1,500 |
| 25 Dec 2027 | 7,999 | 8,999 | 7,499 | 7,299 | 1,500 |
| 30 Dec 2027 | 7,999 | 8,999 | 7,499 | 7,299 | 1,500 |
