Favourite Bliss Swiss Milan
9 hari 6 malam · Italy · Switzerland
Tentang perjalanan
Galeri perjalanan
Itinerary perjalanan
Hari 1KUALA LUMPUR - TRANSIT
Makanan: MOBPengembaraan anda bermula seawal di KLIA, berkumpul 4 jam sebelum penerbngan.Setelah penerbangan jauh merentasi benua, anda akan tiba di Lapangan Terbang Milan Malpensa, Itali. Di sinilah, udara Eropah menyambut anda dengar segarnya.
Hari 2TIBA DI MILAN - LAWATAN DI MILAN
Makanan: MPSetibanya anda di Lapangan Terbang Antarabangsa Milan, Malpensa, pengembaraan anda bermula di kota fesyen dan seni dunia. Anda akan menjelajah Duomo Square dan Gothic Cathedral yang ikonik, singgah di La Scala Opera House serta Castello Sfrorzesco, bekas kediaman Duke of Milan. Nikmati detik santai di Hard Rock Cafe Milan sebelum bergambar di San Siro Stadium, rumah AC & Inter Milan. Anda bermalam di Milan dengan penuh kenangan pertama.
Hari 3MILAN - SERRAVALLE OUTLET - LAKE COMO - MILAN
Makanan: MPPagi anda bermula dengan sarapan di hotel sebelum menuju ke Serravalle Designer Outlet, syurga beli- belah berjenama terkenal. Seterusnya, anda akan menikmati keindahan semula jadi di Lake Como, tasik yang terkenal dengan pemandangan memukau. Di sini, anda akan terpesona dengan seni bina abad ke-16 dan Basilica di San Fedele, gereja tercantik di Como, Hari anda berakhir dengan makan malam dan bermalam di Milan.
Hari 4MILAN - TÄSCH - ZERMATT - GENEVA
Makanan: MPSelepas sarapan dan daftar keluar, anda akan bergerak ke Täsch dan menaiki kereta api ke Zermatt, sebuah perkampungan indah berusia 500 tahun. Di sini, anda berpeluang merakam gambar berlatarbelakangkan Matterhorn Mountain yang ikonik. Kemudian, perjalanan diteruskan ke bandar antarabangsa Geneva untuk daftar masuk dan bermalam, bersedia untuk meneroka keesokannya.
Hari 5GENEVA - ISELTWALD - LAUTERBRUNNEN - ZÜRICH
Makanan: MPSelepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda akan menuju ke Iseltwald, sebuah kampung indah di tepi Lake Brienz yang terkenal sebagai lokasi penggambaran drama Korea Crash Landing on You. Di sini, anda akan menikmati panaroma memukau tasik alpine yang tenang. Lawatan diteruskan ke Lauterbrunnen, lembah menawan di kawasan Jungfrau, yang dikenali dengan keindahan semula jadi dan Staubbach Falls yang menjulang tinggi. Kemudian, bertolak ke Zurich untuk daftar masuk dan bermalam.
Hari 6ZÜRICH - ENGELBERG - LUCERNE - ZÜRICH
Makanan: MPHari anda bermula dengan sarapan dan keluar sebelum menuju ke Engelberg, sebuah kampung yang terkenal dengan aktiviti ski dan papan salji. Di sini, anda berpeluang menaiki Rotair Cable Car 360° menuju ke Mt. Titlis (lawatan pilihan) untuk pengalaman salji yang mengujakan. Seterusnya, anda akan ke Lucerne, melawat Chapel Bridge, Lion Monument dan menikmati keindahan Lake Lucerne. Bermalam di Zürich.
Hari 7ZÜRICH - RHINE FALLS - LINDT CHOCOLATE FACTORY - ZÜRICH
Makanan: MPSelepas sarapan dan daftar keluar, anda akan menuju ke Rhine Falls, air terjun terbesar di Eropah yang mempersona dengan derasnya aliran Sungai Rhine. Seterusnya, anda boleh menikmati pelayaran bot (lawatan pilihan). Kemudian, kunjungi Lindt Chocolate Factory, syurga buat pencinta coklat Switzerland, Di Zürich, anda akan menjelajah Old Town yang bersejarah, St. Peter’s Church dengan jam muka terbesar di Eropah, Bahnhofstrasse yang terkenal dengan butik mewah, Limmatquai di tepi sungai, dan Guild Houses yang klasik, Bermalam di Zürich.
Hari 8PENERBANGAN PULANG - KUALA LUMPUR
Makanan: MPSelepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda akan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zürich untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tamatlah sudah pengembaraan indah anda menyusuri bandar bersejarah, perkampungan klasik, dan keindahan semula jadi Eropah. Semoga kenangan ini menjadi detik manis yang tak dilupakan.
Termasuk
Tidak termasuk
Dari RM8,199
Fixed departure
Tarikh & harga
| Berlepas | Twin | Single | CWB | CNB | Infant |
|---|---|---|---|---|---|
| 12 Nov 2026 | 8,199 | 9,199 | 7,799 | 7,699 | 1,800 |
| 06 Dec 2026 | 8,399 | 9,399 | 7,999 | 7,699 | 1,800 |
| 11 Dec 2026 | 8,399 | 9,399 | 7,999 | 7,699 | 1,800 |
| 22 Dec 2026 | 8,399 | 9,399 | 7,999 | 7,699 | 1,800 |
| 24 Dec 2026 | 8,399 | 9,399 | 7,999 | 7,699 | 1,800 |
| 11 Apr 2027 | 8,399 | 9,399 | 7,999 | 7,699 | 1,800 |
| 16 May 2027 | 8,399 | 9,399 | 7,999 | 7,699 | 1,800 |
| 17 Oct 2027 | 8,199 | 9,699 | 7,699 | 7,499 | 1,800 |
| 17 Oct 2027 | 8,199 | 9,199 | 7,699 | 7,499 | 1,800 |
| 21 Nov 2027 | 8,199 | 9,199 | 7,699 | 7,499 | 1,800 |
| 05 Dec 2027 | 8,399 | 9,399 | 7,999 | 7,699 | 1,800 |
| 12 Dec 2027 | 8,399 | 9,399 | 7,999 | 7,699 | 1,800 |
| 19 Dec 2027 | 8,399 | 9,399 | 7,999 | 7,699 | 1,800 |
| 23 Dec 2027 | 8,399 | 9,399 | 7,999 | 7,699 | 1,800 |
| 30 Dec 2027 | 8,399 | 9,399 | 7,999 | 7,699 | 1,800 |
